“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya.
Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”
“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”“Untuk apa kita mati?”“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.
“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.
“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”
“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji,” balas saya. Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.
“Maksudnya kita abadi?”
“Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik (pencipta) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”
“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”
“Ya, kan Einstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.
“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi’i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.“Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.“Harta boleh panjangkan umur…sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur…hubungkan silaturahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”
“Apakah rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu?”
“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”“Hasilnya?”“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!”
“Tapi kita bukan mereka?”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”
“Kita lebih bijak daripada mereka?”
“Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang professor dari segi pemanduan kereta.”
“Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Professor lebih berharga daripada seorang driver. Gaji mereka lebih tinggi.”
“Maksudnya, umur seorang professor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang professor. Itu sahaja.”
“Kau tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”
“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat…tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama’?”
“Maksudnya?”
“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang professor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ professor itu lebih panjang daripada umur driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharaga!”“Ah, surah al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.
“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana terlalu mencintai hidup.”
“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apa pun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.
“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.
“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ku berbeza daripada biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Itulah maksud selamat panjang umur!”
Dipetik daripada buku "Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd. Juoi"
Entry kali ini adalah emel yg diterima dari seorang sahabat beberapa jam sebelum ulang tahun kelahiranku yg ke-22 (perkiraan Masihi). Jzkk wahai sahabat atas hadiah yang tersangat indah ini. Sebuah tazkirah kehidupan dan kematian yg cukup bermakna. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada setiap yg membacanya. Juga, moga perkongsian ini juga diterima sebagai amalan baik buat sahabatku itu dan penulis asal buku 'Nota Hati Seorang Lelaki'.
p/s: Andai aku cepat selangkah, pasti entry ini juga tak wujud. mcm mana la aku tu waktu ni..huhu
Ramadhan kali ini hanya berbaki kurang dari sepuluh hari dan kita sekarang sudah berada dalam fasa ketiga Ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka bagi orang-orang yang beribadah dan bergembira dengan datangnya bulan mulia.
Apa yang menariknya tentang baki sepuluh hari Ramadhan yang tinggal ni? Owh mestilah sangat menarik.
" Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu paakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya unutk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar."
al-Qadr:1-5
Tidak menarikkah apabila Allah mengurniakan kepada kita malam yang lebih baik dari malam seribu bulan yang apabila pada malamnya kita manfaatkan sebaiknya kita diberi ganjaran yang amat besar. Dan malam yang dijanjikan itu, hadirnya pada fasa Ramadhan yang sedang kita lalui ini.
Malam yang dijanjikan itu pasti tiba meski detiknya rahsia buat kita. Beruntunglah bagi manusia yang berusaha memburunya tetapi amat rugi jika detik itu dibiarkan berlalu begitu sahaja, sedangkan kita belum pasti ini bukan Ramadhan terakhir kita.
Moga kuketemu malam itu.Mohon dengan sangat.
-salwamarzuki-
Ya Allah,
lapangkanlah dadaku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
agar mereka mengerti perkataanku
untuk aku menunaikan penyaksian ini
sebenar-benar penyaksian
Terima kasih ya Allah,
Kerana memberikan aku 'hadiah' ini
Kerana kau tahu aku memerlukannya
Lebih daripada apa yang aku inginkan
Terima kasih ya Allah,
Ketika aku semakin jauh dari-Mu
Kau memberikan aku 'hadiah' ini
Membuat aku tersedar aku sudah lama
Tidak merintih merayu kepada-Mu
Terima kasih ya Allah,
Kau berikan aku kefahaman tentang kasih-Mu
Sebelum kau sampaikan 'hadiah' bermakna ini
Agar aku lebih pandai menilai
Betapa berharganya 'hadiah' ini kepadaku
Terima kasih ya Allah,
Kerana mengurniakan mereka dalam sebahagian plot cerita-ku
Mereka yang mulia hatinya
Tidak jemu mengingatkan aku tentang nikmat dan rahmat-Mu
Ya Allah,
Moga aku terus berada di jalan-Mu
Moga aku lulus dengan cemerlang ujian kali ini
Moga kau kurniakan syurga buatku
Dan...
Buat mereka itu
Yang mulia hatinya, moga syurga tertinggi jua selayaknya
Aku mohon dengan sangat
p/s: Sesuatu yang lahir dari hati tidak semestinya puitis dan difahami orang lain.
Heboh seketika tentang pulang-Nya seorang insan terkenal itu yang pulang menemui Penciptanya baru-baru ini. Bermula dari episod pengsan tidak sedarkan diri hinggalah saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Secara peribadi, saya bukanlah peminat setianya namun peristiwa pemergiannya itu sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir sejenak.
Sebagaimana dia, kita jua pasti merasai saat itu.
Sebagaimana dia, kita jua tidak tahu bilakah masanya itu.
Sebagaimana dia, kita jua tidak berteman di 'sana' melainkan amalan baik.
Persoalannya, andai kita 'pergi' sekarang sudah banyakkah bekalan untuk dipersembahkan kepada Maha Pencipta?
Moga peringatan tentang kematian itu mampu menghidupkan hati-hati yang leka dan terpedaya dengan tipu daya dunia ini.
" Setiap yang bernyawa pasti akan berasakan mati. Dan pada hari Kiamat sajalah diberikan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." (3:185)
Terlantar dalam kekusutan
Umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan
Terlanjur ku lakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf tersedar
Dari godaan dunia
Daku mahu kembali
Ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya
Agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan
Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar kau ampuni diriku,
Ampuni ku
Inginku mengubahkan cara
Menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata
Menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya
Nyawaku tiada di dunia
Ambillah ku dekat padamu
Itu saja pintaku
Walau tak mungkin mampu
Penuhi harapanmu
Namun daku merayukan pengampunan
Darimu Tuhan
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan
Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar kau ampuni diriku,
Ampuni ku
Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan
Daku mahu kembali
Ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya
Agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Kumendoakan
Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar kau ampuni diriku,
Ampuniku
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan
Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar kau ampuni diriku,
Ampuniku
Oooooo
Ku sedari kesilapanku
Ampuniku….
by KRU
Meninggalkan perkara yang tidak berguna
Antara kebaikan yang terdapat bagi seseorang Muslim itu ialah apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat pada dirinya yang cuma menghabiskan waktu dan umurnya denga percuma.
Percakapan yang tidak berguna
Kebanyakan huraian tentang hadis ini juga memperkatakan tentang hal-hal yang bersangkutan dengan dengan percakapan iaitu meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan.
Kebaikan Islam pada diri seseorang itu adalah apabila ia meninggalkan perkara yang sia-sia atau tidak bermanfaat pada dirinya. Selain itu, seseorang Muslim itu juga melakukan amalnya dengan cara yang elok dan rapi beserta niat yang suci, menjauhi perkara yang tidak bermanfaat bagi dirinya sesuai dengan kehendak agamamnya dan mengerjakan perkara yang berfaedah.
Wallahu A'lam.
sumber: Hadith 40 Terjemahan dan Syarahnya, Mustafa 'Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar.
Sedang sang pengembara ini berusaha untuk meneroka seluruh hutan itu, tiba-tiba tersedarlah dia bahawa dia sedang diperhatikan oleh seekor singa. Maka, berlarilah sang pengembara itu sekuat hatinya, dengan harapan dapat melarikan diri daripada singa itu. Semakin dia berlari, semakin pantas singa itu mengejarnya. (kalo singa ni masuk olimpik, confirm menang nih..)