Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,



"Di antara tanda kebaikan keislaman keislaman seseorang itu adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya"



(Hadits hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)
Dalam hadis ini Rasulullah menerangkan tentang kebaikan pada diri individu Muslim itu sendiri yang menambahkan lagi kesempurnaannya, iaitu:

Meninggalkan perkara yang tidak berguna

Antara kebaikan yang terdapat bagi seseorang Muslim itu ialah apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat pada dirinya yang cuma menghabiskan waktu dan umurnya denga percuma.

Percakapan yang tidak berguna

Kebanyakan huraian tentang hadis ini juga memperkatakan tentang hal-hal yang bersangkutan dengan dengan percakapan iaitu meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan.

Kebaikan Islam pada diri seseorang itu adalah apabila ia meninggalkan perkara yang sia-sia atau tidak bermanfaat pada dirinya. Selain itu, seseorang Muslim itu juga melakukan amalnya dengan cara yang elok dan rapi beserta niat yang suci, menjauhi perkara yang tidak bermanfaat bagi dirinya sesuai dengan kehendak agamamnya dan mengerjakan perkara yang berfaedah.

Wallahu A'lam.

sumber: Hadith 40 Terjemahan dan Syarahnya, Mustafa 'Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar.




0 comments:

Ramadan yg dinanti

Malaysia

New Zealand

Siapa Dia??

Siti Salwa Marzuki
Tahun ke-3
BSc. Chemistry
The University of Auckland

Mahu jerit?