Jul
31

Terima kasih ya Allah,
Kerana memberikan aku 'hadiah' ini
Kerana kau tahu aku memerlukannya
Lebih daripada apa yang aku inginkan

Terima kasih ya Allah,
Ketika aku semakin jauh dari-Mu
Kau memberikan aku 'hadiah' ini
Membuat aku tersedar aku sudah lama
Tidak merintih merayu kepada-Mu

Terima kasih ya Allah,
Kau berikan aku kefahaman tentang kasih-Mu
Sebelum kau sampaikan 'hadiah' bermakna ini
Agar aku lebih pandai menilai
Betapa berharganya 'hadiah' ini kepadaku

Terima kasih ya Allah,
Kerana mengurniakan mereka dalam sebahagian plot cerita-ku
Mereka yang mulia hatinya
Tidak jemu mengingatkan aku tentang nikmat dan rahmat-Mu

Ya Allah,
Moga aku terus berada di jalan-Mu
Moga aku lulus dengan cemerlang ujian kali ini
Moga kau kurniakan syurga buatku
Dan...
Buat mereka itu
Yang mulia hatinya, moga syurga tertinggi jua selayaknya
Aku mohon dengan sangat



p/s: Sesuatu yang lahir dari hati tidak semestinya puitis dan difahami orang lain.



1 comments:

best2.. asah skill puisi nmpk hehehe
terima kasih Allah,
"Wahai manusia kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji [35:15]

Ramadan yg dinanti

Malaysia

New Zealand

Siapa Dia??

Siti Salwa Marzuki
Tahun ke-3
BSc. Chemistry
The University of Auckland

Mahu jerit?