Semalam (16 November 2009) , tamatlah sudah semester dua bagi sesi 2009 di UoA ini. Auckland yang selalunya riuh dan sibuk, sudah mula sepi dari suara manusia. Masing-masing pulang ke kampung halaman masing-masing dan tak kurang juga yang akan keluar bercuti sebelum pulang.
Ramai sudah sahabat-sahabat yang sudah pulang dan dah ada pun yang selamat kakinya menjejak di bumi Malaysia. Ironinya, golongan yang habis exam lewat yang pulang dulu. Siangnya bertungkus lumus dengan peperiksaan, malamnya pula sudah selamat di perut kapal udara. Aku yang dah lebih seminggu habis exam ni, masih di bumi Auckland. Tugas mengemas barang-barang pun masih bersisa.
Alhamdulillah, setakat ini hari-hari yang berbaki selepas exam dan sebelum pulang ke Malaysia diisi dengan pelbagai urusan-urusan yang bermanfaat- jualan nasi hujan panas dan nasi minyak, melayan tetamu dari jauh dan mengikut perancangan manusia detik ini sepatutnya aku bukan di sini. Berada jauh dari tanah jajahan Auckland, tapi perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia. Mohon yang terbaik dari yang terbaik atas setiap yang berlaku.
Buat diri dan sahabat yang akan pulang bercuti, moga masa yang bakal berlalu itu diisi dengan sebaiknya. Diisi dengan aktiviti yang boleh membina diri moga hari esok yang bakal datang jauh lebih baik dari hari inio yang bakal berlalu.
Jom buat aim cuti musim panas!
0 comments:
Post a Comment