Saya mula ber"blogging"semenjak tahun lepas. Diperkenalkan secara formal tentang bagaimana mewujudkan blog sendiri melalui kelas CompSci111. Kolot kan? Orang dah berlari, saya baru mula merangkak. Tapi saya sudah mula membaca blog-blog orang sebelum itu lagi. Memang sifat saya, suka membaca lebih-lebih lagi non-examinable material.
Sejak ada blog pertama ada ada tiga post rasanya, saya dah malas nak update.Malas sebab kemahiran menulis saya semakin buruk dan buruk. Saya perlu masa berjam-jam lamanya hanya untuk menulis satu perenggan ayat. Akhirnya give up. Kemudian, saya wujudkan beberapa blog-blog baru sebab malu nak update blog lama. Kitaran yang sama berulang. Buat blog baru, update dua tiga entry kemudian ditinggalkan tak berupdate. Dan ada juga blog yang saya privatekan terus. Malu sebab dah lama tak update.
Kesannya, hal ini dapat dihidu oleh kawan-kawan saya terutamanya yang rapat dan akhirnya mengundang kata-kata perlian yang boleh tahan bestnya seperti:
"Orang tu ade blog tapi tak nak share dengan orang" kata si A(bukan nama sebenar)
"Weh update blog ko tu, dah berhabuk dah aku tengok. Tak habis-habis dengan entry Tragedi Sufiyah" kata si B (bukan nama sebenar).
"Salwa, apsal ko private blog ko eh?"kata si C dengan nada tak puas hati.
Padahal Si A (bukan nama sebenar) tu pun ada blog tapi tak share. Sampai hati. Tapi sekurang-kurangnya terima kasih jugalah kepada mereka kerana telah menjadi tukul yang mengetuk pahat supaya bergerak.
Saya bukanlah seorang yang banyak ilmunya untuk dikongsi bersama orang-orang di luar sana, jauh sekali mempunyai gaya penulisan yang mantap yang mampu mempegaruhi orang lain dengan ideologi sendiri. Namun saya percaya, ilmu yang baik itu meski hanya dengan sepotong ayat sekalipun mampu memberi manafaat kepada orang lain dan diri sendiri yang menyampaikannya.
Post kali ini insya Allah menjadi titik tolak kepada bermulanya kelahiran semula blog saya yang telah lama berkubur sebelum ini. Saya tidak mahu menjanjikan ia akan selalu diupdate, namun saya akan berusaha agar ia menjadi suatu medium perkongsian saya atas apa yang saya perolehi sepanjang kehidupan saya semoga ia bermanfaat buat semua.
Penulisan di dalam blog ini hanyalah manisfestasi pemikiran saya seorang insan biasa dan ia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang teguran andai ada salah dan silapnya. Selamat ber"blogging" semula!

Ramadan yg dinanti

Malaysia

New Zealand

Siapa Dia??

Siti Salwa Marzuki
Tahun ke-3
BSc. Chemistry
The University of Auckland

Mahu jerit?