I don't celebrate Mother' Day but I think this is so cool.

writing wishes onto stick notes sticked on the wall


that's mine!





Wahai tuhanku! Sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. [17:24]



Pada suatu hari (tak ingat dah bila, tapi yg pastinya dlm minggu ni la), saya letak ym status saya begini:

"Andai jatuh bangun kembali"

Dan seberapa lama kemudian, maka terjadilah perbualan seperti di bawah:

Cik X: Salwa, kau jatuh ke?

Salwa: Aah aku jatuh
Nasib baek tak tergolek-golek mcm nangka busuk je
Hehehe

****beberapa lama kemudian****

Cik X: http://www.youtube.com/watch?v=j5rSkO9cpII

***TAMAT***

Sewaktu, Cik X tanya saya jatuh ke? saya ingat kan dia mmg tahu saya pergi main ice skating sehari sblmnya dan jatuh yg saya maksudkan dalam status itu ialah jatuh sbb main ice skating.

Tapi bila saya fikir-fikirkan balik rupanya saya silap, Cik X sbnrnya ingat saya tgh down atau tgh ada masalah dan terus dia bagi link lagu Langkah Tercipta, kiranya nak cheer me up lah kan.

Bila diingatkan balik peristiwa ini, terasa comel pula tingkah laku setiap dari kita ini andai bersahabat itu kerana-Nya. Apabila satu anggota badan itu terasa sakit maka anggota yg lain juga turut merasai kesakitan yg sama.

Oh Allah, terima ksaih atas nikmat yg tidak terhingga ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Dua hari yang baru berlalu ini sungguh indah. Betapa Allah telah mengajarku tentang kekuasaan-Nya. Segala setiap apa yang terjadi itu adalah dari kuasanya yang mutlak.
Manusia yang hebat itu merancang perjalanan hidupnya dengan cita-cita yang ada padanya, tapi Allah yang Maha hebat itu sudah terlebih dahulu merancang buat hamba-Nya tapi dengan cinta-Nya. Betapa luasnya rahmat Allah, memberi yang terbaik buat hamba-Nya setiap apa hamba itu perlukan bukan yang diinginkan.
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!", Maka jadilah sesuatu itu. [36:82]
-masih mengumpul kekuatan untuk berlapang dada menerima apa sahaja yang telah tertulis dalam hidupku-

Semalam (16 November 2009) , tamatlah sudah semester dua bagi sesi 2009 di UoA ini. Auckland yang selalunya riuh dan sibuk, sudah mula sepi dari suara manusia. Masing-masing pulang ke kampung halaman masing-masing dan tak kurang juga yang akan keluar bercuti sebelum pulang.
Ramai sudah sahabat-sahabat yang sudah pulang dan dah ada pun yang selamat kakinya menjejak di bumi Malaysia. Ironinya, golongan yang habis exam lewat yang pulang dulu. Siangnya bertungkus lumus dengan peperiksaan, malamnya pula sudah selamat di perut kapal udara. Aku yang dah lebih seminggu habis exam ni, masih di bumi Auckland. Tugas mengemas barang-barang pun masih bersisa.
Alhamdulillah, setakat ini hari-hari yang berbaki selepas exam dan sebelum pulang ke Malaysia diisi dengan pelbagai urusan-urusan yang bermanfaat- jualan nasi hujan panas dan nasi minyak, melayan tetamu dari jauh dan mengikut perancangan manusia detik ini sepatutnya aku bukan di sini. Berada jauh dari tanah jajahan Auckland, tapi perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia. Mohon yang terbaik dari yang terbaik atas setiap yang berlaku.
Buat diri dan sahabat yang akan pulang bercuti, moga masa yang bakal berlalu itu diisi dengan sebaiknya. Diisi dengan aktiviti yang boleh membina diri moga hari esok yang bakal datang jauh lebih baik dari hari inio yang bakal berlalu.
Jom buat aim cuti musim panas!

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.


Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.


“Kenapa pula?” tanyanya.


Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.


“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”


“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.


“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”


“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”


“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.


“Kenapa pula?”


“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”“Untuk apa kita mati?”“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.


Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.


“Mati untuk hidup?”


“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.”


“Satu permulaan? Maksud kau?”


“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”


“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”


“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”


Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.


“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”


Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.


“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”


“Jika demikian apa ada pada umur?”


“Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji,” balas saya. Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.


“Maksudnya kita abadi?”


“Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik (pencipta) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”


“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”


“Ya, kan Einstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”


Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.


“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi’i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.“Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.“Harta boleh panjangkan umur…sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur…hubungkan silaturahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”


“Apakah rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu?”


“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”“Hasilnya?”“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!”


“Tapi kita bukan mereka?”


“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”


“Kita lebih bijak daripada mereka?”


“Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang professor dari segi pemanduan kereta.”


“Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Professor lebih berharga daripada seorang driver. Gaji mereka lebih tinggi.”


“Maksudnya, umur seorang professor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang professor. Itu sahaja.”


“Kau tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”


“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat…tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama’?”


“Maksudnya?”


“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang professor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ professor itu lebih panjang daripada umur driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharaga!”“Ah, surah al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.


“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana terlalu mencintai hidup.”


“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apa pun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.


“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.


“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ku berbeza daripada biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Itulah maksud selamat panjang umur!”

Dipetik daripada buku "Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd. Juoi"

Entry kali ini adalah emel yg diterima dari seorang sahabat beberapa jam sebelum ulang tahun kelahiranku yg ke-22 (perkiraan Masihi). Jzkk wahai sahabat atas hadiah yang tersangat indah ini. Sebuah tazkirah kehidupan dan kematian yg cukup bermakna. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada setiap yg membacanya. Juga, moga perkongsian ini juga diterima sebagai amalan baik buat sahabatku itu dan penulis asal buku 'Nota Hati Seorang Lelaki'.

Aku ke kelas seperti biasa pagi itu. Keluar dari bangunan apartment, melewati Mount Street juga Symonds Street kemudiannya. Tiba di suatu simpang, aku berhenti. Perlu, kerana lampu trafik untuk pejalan kaki merah ketika itu. Memandangkan sudah lewat untuk ke kelas terdetik untuk lintas juga. Toleh kiri, toleh kanan-line clear. Boleh lintas lah kiranya.
Baru selangkah melangkah,seorang penunggang basikal yang laju melintas betul-betul di hadapanku, diikuti sebuah kereta. Aku terkejut, tak jadi melintas. Jarak antara aku dan basikal tadi hanya lebih kurang selangkah.
Ditakdirkan Allah, aku melangkah lambat selangkah. Andai aku cepat selangkah dari yang sepatutnya tadi,pasti aku telah dilanggar oleh basikal yang laju itu, kemudian digilis pula oleh kereta dibelakangnya. Nauzubillah hi min zaliq.
Peristiwa lambat selangkah ini bukanlah yang pertama kali, ini kali kedua cumanya masa peristiwa pertama, watak basikal dan penunggang itu digantikan dengan dengan watak bas dan pemandunya. (wooo scarry)
Moga kedua-dua peristiwa menjadi tazkirah kematian yang terbaik buat penulis dan pembacanya. Sekian tazkirah kematian untuk hari ini.

p/s: Andai aku cepat selangkah, pasti entry ini juga tak wujud. mcm mana la aku tu waktu ni..huhu

Ramadhan kali ini hanya berbaki kurang dari sepuluh hari dan kita sekarang sudah berada dalam fasa ketiga Ramadhan iaitu pembebasan dari api neraka bagi orang-orang yang beribadah dan bergembira dengan datangnya bulan mulia.

Apa yang menariknya tentang baki sepuluh hari Ramadhan yang tinggal ni? Owh mestilah sangat menarik.

" Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu paakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya unutk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar."

al-Qadr:1-5

Tidak menarikkah apabila Allah mengurniakan kepada kita malam yang lebih baik dari malam seribu bulan yang apabila pada malamnya kita manfaatkan sebaiknya kita diberi ganjaran yang amat besar. Dan malam yang dijanjikan itu, hadirnya pada fasa Ramadhan yang sedang kita lalui ini.

Malam yang dijanjikan itu pasti tiba meski detiknya rahsia buat kita. Beruntunglah bagi manusia yang berusaha memburunya tetapi amat rugi jika detik itu dibiarkan berlalu begitu sahaja, sedangkan kita belum pasti ini bukan Ramadhan terakhir kita.

Moga kuketemu malam itu.Mohon dengan sangat.

-salwamarzuki-

Ramadan yg dinanti

Malaysia

New Zealand

Siapa Dia??

Siti Salwa Marzuki
Tahun ke-3
BSc. Chemistry
The University of Auckland

Mahu jerit?